twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, November 19, 2011

Pelangi Selepas Hujan


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.
Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawabnya senang.
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

Mengapa Seksualiti Merdeka Perlu dibantah

eboh berkenaan ketidakpuasan hati penganjur seksualiti merdeka terhadap tindakan polis ke atas mereka. Bantahan itu pula disokong oleh NGO-NGO extremis liberal di Malaysia. Bagi saya, saya bersetuju dengan tindakan Kerajaan, Polis dan jabatan Agama menghalang Seksualiti Merdeka. Saya kira telah ramai para ustaz dan ustazah yang membawa hujah dari Al-Quran dan hadis, maka maka melalui tulisan ringkas ini, saya ingin berkongsi pandangan dengan membawakan beberapa hujah tambahan yang lebih bersifat logika normal manusia, ini sebab bantahan saya terhadap program tersebut:


1. Tuntutan dan kempen hak kemanusian untuk kebebasan seksual adalah terlalu self-centred dan selfishnesstanpa memikirkan kesan negatif kepada kehidupan kemasyarakatan, ahli keluarga individu yang terlibat dan ahli komuniti. Kempen dan menuntut hak kebebasan yang mudaratnya menceroboh hak orang lain dan menimbulkan ketegangan majoriti ahli masyarakat PATUT DITEGAH, seperti hak kebebasan untuk mencuri hak cipta orang lain, seks dengan anak sendiri, seks dengan lembu dan binatang orang lain, kebebasan untuk menghina dan mengutuk agama lain dan pelbagai sepertinya. Adakah ini yang diperjuangkan oleh seksualiti merdeka? sehingga menjadi lebih rendah dari binatang dan memperjuangkannya tanpa limitasi?

2. Kita perlu tegaskan hak kemanusian dan kebebasan, sentiasa perlu diukur dengan neraca Allah dan RasulNya, bukan dengan logik aqal yang semata, justeru walau hebat mana sekalipun hujjah kebebasan manusia dan hak asasinya, sebagai pendakwah dan ilmuwan islam kita mesti pertegaskan hal ini sebagai guideline kita.

3. Mempromosikan keinginan kebebasan seksual secara terbuka bukan dari adab dan budaya bangsa masyarakat Malaysia, apabila ia dilakukan secara kempen, justeru kita tidak boleh bersetuju.

4. Kita bersetuju dengan kebebasan bersuara namun mestilah wujud limitasi dan hadnya, begitu juga dengan hal kebebasan seksual ini.

5. Islam juga mengawal kebebasan seksual kerana ingin menjaga keluhuran keturunan dan kejelasannya, ia juga bersangkut paut dengan kelayakan hak pusaka dan pengurusan perkahwinan agar tidak 'terkahwin' sesama adik beradik sebapa atau seibu. Seksualiti mesti ditolak kerana ia bakal mencacamarbakan keturunan manusiawi.

6. Jika kebebasan memilih pasangan yang ingin diperjuangkan oleh penganjur sehingga tidak mengapa lesbian dan gay, cuba bayangkan seluruh lelaki dan wanita di dalam negara ini menjadi ‘lebsian’ dan ‘gay’, maka adalah jika diandaikan berlaku di dalam large scale, adakah ia bakal membawa sesuatu yang bermanfaat dan baik serta terpuji, hasil kerana dari kebebasan itu? Jika baik, bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan anak di waktu itu?, adakah itu normal atau sebenarnya suatu penyakit ? Jika penyakit wajarkah ia dikempen kepada ramai melalui program besar-besaran sehingga boleh memudaratkan ?


7. Adakah penganjur Seksualiti Merdeka juga akan MENERIMA ‘ROGOL’ SEBAGAI HAK ASASI seseorang lelaki. Iaitu terpulang kepada dirinya bagaimana ingin mengurus nafsunya seksualnya sama ada melalui perkahwinan yang sah atau melalui merogol. Adakah ini mungkin termasuk dalam kempen penganjur Seksualiti Merdeka? Sedarkah mereka?, sudah tentu boleh wujud kumpulan perogol bersiri yang turut serta dalam kempen merekaatas kefahaman dan tafsiran mereka sendiri bahawa ia termasuk di dalam hak asasi peribadinya, tanpa mengendahkan ia menceroboh hak asasi mangsa. Dalam kes seks sejenis atau bebas, bukankah ia juga menceroboh hak orang lain, iaitu ibubapa dan adik beradik atau suami pasangan itu?.


8. Jika penganjur seksualiti merdeka ingin sangat membuktikan kempennya disokong oleh ramai dan membawa kebaikan, mereka patut dan MESTI mengemukakan fakta hasil interview at least 30 % ibubapa Muslim & bukan Islam di Malaysia yang bersetuju anak, adik, ibu, bapa, abang mereka menjadi gay dan lesbian. Saya yakin majoriti keluarga tidak suka dan meredai anak mereka terjebak dengan runtunan syahwat bebas ini.


Sekian dan selamat berfikir..

Saturday, November 12, 2011

Sudahkah kita BERSYUKUR???


Sudahkan kita bersyukur hari ini? Berapa kali kita bersyukur hari ini? Apa yang kita syukuri? Kepada siapa kita bersyukur? dan banyak lagi pertanyaan-pertanyaan lain di dalam hati mengenai syukur ……
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberikan pernyataan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku-tambah nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).
Bagaimana bersyukur itu? … ada lagi pertanyaan. Syukur, sesuatu yang mudah untuk di katakan, mudah untuk dijelaskan … tetapi tidak mudah untuk dilakukan. Barangkali sebahagian dari kita akan mengatakan, saya selalu mengatakan ‘Alhamdulillah’ kalau mendapatkan suatu kenikmatan, memang betul demikian adanya. Bagaimana pada saat kita mendapatkan sebaliknya, misalnya kehilangan dompet? Apakah kita bersyukur? Mestinya ya tetap bersyukur, karena yakinlah, selalu ada rahmat Allah disebalik peristiwa yang menurut kita buruk. Kalau kehilangan dompet, apa yang disyukuri. Kita besyukur, yang hilang hanya dompet, motor kita tidak turut hilang.
Cuba kita beralih sejenak, suatu falsafah Jawa mengenai istilah “Masih untung” ….. Masih untung yang hilang hanya dompet (maksudnya motor tidak ikut hilang), masih untung hanya luka-luka kerana kemalangan (maksudnya tidak sampai mati), sampai hal yang sangat ekstrim sekalipun …. Untung ‘si pulan’ meninggal (maksudnya kalau tetap hidup juga akan menderita) … dan sebagainya. Ternyata falsafah sederhana ini merupakan cara pandang yang sangat spiritual, pada saat mendapatkan musibah tetap merasa untung/bersyukur karena tidak mendapatkan musibah yang lebih buruk lagi.
Bagaimana cara bersyukur? Cara sederhana dapat dibezakan, yang paling mudah dengan cara mengucapkan ‘Hamdalah’, bersedeqah, bernazar dan sebagainya. Dan yang paling baik tentunya bersyukur dengan hati.
Bagaimana bersyukur dengan hati, seperti yang dihuraikan sebelumnya, pada saat mendapat musibah kita tetap besyukur kerana tidak mendapat musibah yang lebih buruk. Barangkali ini yang disebut dengan bersyukur yang paling baik, bersyukur dengan hati.
Apa saja yang kita syukuri? … cuba kita semak diri kita, apa saja nikmat yang Allah beri itu? Kita tidak akan mampu menghitung nikmat Allah, terjawab sudah pertanyaan mengenai, apa saja yang kita syukuri, tentunya banyak sekali, tidak akan mampu menghitungnya.
Syukurilah apa yang kita punya, syukurilah apa yang kita dapatkan. Mensyukuri apa yang kita punya walaupun hanya sedikit akan lebih baik daripada berlimpah tapi tidak bersyukur.
Mudah-mudahan Allah menjadikan kita sebagai insan yang pandai bersyukur. Amin. insyaALLAH